Apakah
kelebihan blackberry ni sebenarnya, sehingga kerajaan beberapa negara
takut dengan kecanggihan serta faedah kepada penggunanya yang melebihi
pesaingnya.
Ramai
rakan-rakan yang bertanyakan saya apakah kelebihan blackberry ini,
sehingga menjadi satu kewajipan serta merasakan prestij kepada golongan
usahawan mahupun korporat. Kini pula telah ramai anak muda yang
menggunakan Blackberry sebagai satu peralatan untuk berkomunikasi,
samada suara mahupun dengan menggunakan jaringan social.
Jika
membandingkan dengan jenama lain yang ketika ini menawarkan kebanyakan
dari fungsi yang terdapat di talipon pintar Blacberry, kerana selama ini
Blackberry satu-satunya yang menawarkan fungsi tersebut.
Push Email.
Email attachment
Map dan navigator
Geotag
IM dan Jaringan social ( facebook/YM/twitter)
Kalau
nak membuat perbandingan dari mutu kamera, tidak jauh bezanya dari
jenama yang lain begitu juga dengan kualiti music, dapat kita rumuskan
bahawa ianya setaraf dengan pesaingnya dan tiada kelebihan yang nyata
pada aplikasi asas sesebuah talipon pintar.
Satu-satunya
yang sehingga kini tidak dapat ditandingi pesaingnya adalah tahap
keselamatan data yang dihantar melalui kaedah berikut;
1. Blackberry messenger .
Inilah
sebenarnya yang menjadikan talipon pintar blackberry unik dan paling
istimewa berbanding jenama pesiang. Pengguna Blacberry boleh berhubung
dengan pengguna blackberry diseluruh dunia dengan percuma dan tanpa had.
Jangan pula salah faham kerana untuk menggunakan fasiliti ini kita
perlu melanggan Blacberry Internet service (BIS) atau Blackberry
Enterprise Service (BES) dan perlu mendaftar dan mendapat kata laluan.
Sudah tentulah nama pilihan kita, contohnya : mobile2go@blackberry.com
2. Blackberry Email peribadi .
Kebaikan
yang nyata bagi email Blackberry ini adalah setiap email yang dihantar
melalui server blackberry akan melalui proses penapisan SPAM. Jadi
segala email yang diterima adalah selamat dari SPAM.
Dalam
proses menghantar email, hanya alamat penerima sahaja yang boleh
membaca email tersebut kerana setiap email yang dihantar akan melalui
proses “encryption” sehingga ke
server dan masih lagi dalam proses “encryption” sehinggalah sampai
kepada talipon Blackberry penerima, barulah
diproses “decryption” bagi email tersebut.
Proses
“encryption” adalah proses dimana email yang dihantar akan dikunci
kodnya dan pada masa proses menghantar dan menerima itu, tiada sesiapa
yang boleh memintas dan mengakses email tersebut walaupun badan-badan
kerajaan.
Bagaimana keselamatan setiap data yang dihantar melalui Blackberry
Kerana
kecanggihan tersebutlah maka Kerajaan Saudi Arabia, UAE, Labenon, India
dan Indonesia melihat ini satu kelonggaran bagi sistem keselamatan bagi
negara berkenaan, yang membolehkan pihak yang tidak bertanggung jawab
mengambil kesempatan. Walaupun UAE mengumumkan menarik balik arahan
untuk mengggantung perkhidmatan blackberry dinegaranya, tetapi masih
menjadi tandatanya adakah untuk selama-lamanya atau sementara waktu.
Mungkin
setelah ini setiap email Blackberry tidak akan di “encryption” didalam
sesebuah Negara yang mewajibkab Blacberry mempunyai server, selepas itu
baharulah di “encryption” , segalanya mungkin. Namun, jika dengan
ketiadaan Blackberry messenger dan email ni, maka tiada yang paling
istimewa kepada talipon pintar blackberry.
Bagi
sesiapa yang ingin menggunakan blackberry untuk keselamatan email,
Blackberry adalah pilihan yang tepat, tetapi kena daftar la.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar